setiap hari kita selalu mengeluh dengan diri tapi kita tak pernah nak hargai diri dan pernahkah kita fikir masalah orang lain yang lebih besar berbanding masalah kita?
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Penyayang.
“ Setiap yang berlaku ada hikmahnya.”
Sebagai manusia, saya pun ada masalah tersendiri tapi bila saya rasa nak mengadu kat manusia, manusia lain yang datang kat saya dan mengadu masalah dia kat saya. Jadi nak tak nak saya kena bagi nasihat apa yang saya terdaya.
Bila difikirkan, apa yang saya cakap dan setiap nasihat yang saya bagi tau kat mereka sebenarnya Allah nak nasihat kat saya. Setiap apa yang saya bagi tau adalah untuk diri sendiri. Sebenarnya Allah suka hamba-Nya yang suka mengadu kepada-Nya.