Friday, November 9, 2012

BERTAUBATLAH

Lumrah manusia suka kebaikan. Namun lumrah manusia juga jika mereka mencari alasan untuk membuat kejahatan. Lumrah manusia gembira jika melakukan kebaikan. Lumrah manusia sedih jika melakukan kejahatan. 

Namun bukan lumrah manusia untuk terus bertaubat selepas membuat dosa. Bukan lumrah manusia juga untuk berhenti melakukan kejahatan walaupun mereka menyesali kesalahan mereka. 

Hakikatnya Allah sentiasa menunggu taubat hambaNya walau sebesar mana sekalipun dosa manusia itu. Hakikatnya Allah lebih menyayangi hambaNya yang sentiasa bertaubat kepadaNya.
HAKIKATNYA PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA SEHINGGA ROH KITA MASIH BERNYAWA.


JADI KENAPA MENUNGGU UNTUK BERTAUBAT KEPADA ALLAH?
JADI KENAPA MENUNGGU UNTUK MERINTIH KEPADA ALLAH?
JADI KENAPA MENUNGGU UNTUK MENGADU PENYESALAN KEPADA ALLAH?

BERSEGERALAH UNTUK BERTAUBAT KERANA RAHMAT ALLAH ITU SANGATLAH LUAS.

gambar hiasan