Thursday, October 6, 2011

GADIS IDAMAN...

Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN
... Dialah puteri indah RUPAWAN

Ketika gadis lain sibuk menghiasi diri,
Dia menghiasi dirinya dengan NUR ILAHI pada wajahnya

Ketika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
Dia selesa berdakapan dengan CINTA-NYA

Ketika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA,
Dia tekun dengan bait kata TUHANNYA
Ketika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
Dia tangisi kehinaan diri sebagai HAMBA

Gadis itu umpama MAWAR BERDURI,
Indah di pandangan, namun sukar 'tuk dipegang
Mulianya kerana KETAQWAAN,
Cintanya kerana keperibadian AKHLAK MULIA

Kerana itulah dia dikatakan GADIS IDAMAN.. ^_^